pecah
PRANGGGGGGGGG!!!!!
dia melompat, terkejut.
eh.
apa yang terjatuh, apa yang pecah ?
dia menoleh ke kiri, kosong.
kanan, kosong.
depan-belakang-atas-bawah, kosong.
kepala digaru, kelihatan kepingan halus kulit kepala jatuh ke atas bahu.
hairan. apa yang terjatuh, apa yang pecah ?
dia baring.
KRAAAKKKK PRANGGGGGG!!!
dia bangun. terus berdiri. cermin mata dicapai, disangkut ke batang hidung.
menoleh ke kanan-kiri-depan-belakang-atas-bawah-- kosong.
eh.
apa yang terjatuh, apa yang pecah ?
dia menyalakan lampu, kemudian merangkak, meneliti lantai.
"kamu buat apa, merangkak malam-malam buta ni ?"
kus semangat! ah, semangatnya terbang sebentar, disergah.
"ada dengar bunyi benda pecah?" tanyanya selepas semangatnya kembali.
tiada jawapan. sunyi sepi.
dia menyambung pencariannya.
kosong.
hmm.
dia menutup suis lampu, kemudian kembali baring. tangannya diletakkan di atas dada.
............
............
eh. EH?
tangannya terasa melekit.
tangannya dihidu, bau besi.
lidahnya menjilat, rasa besi.
lampu dinyalakan. cecair tersebut berwarna merah gelap, pekat. mengalir perlahan dari dadanya.
......eh?
"WAH!" katanya separuh menjerit.
(apa itu 'separuh menjerit' dia pun tidak pasti.)
"baru tahu tu darah?" kedengaran suara mengejek.
dia mengelap dadanya, tiada lubang. tetapi kulit dadanya berwarna ungu-kelabu.
tetapi darahnya tetap mengalir, perlahan.
hmmm. dia berfikir sesuatu.
"jantung dan hati kamu pecah lagi." kata suara itu lagi.
oh. patutlah.
dia bangun dan mencari sesuatu di atas meja.
cuma ada kertas dan sampah.
laci.
dia mengambil gam, pita pelekat, dan gunting dari laci.
kembali baring.
perlahan-lahan, dia mengunting dada kirinya, panjang ke arah abdomen.
dia menyuluh. kemudian tergelak.
ah ya, memang hati dan jantungnya pecah lagi.
ketawa kecil. hati dan jantungnya berwarna biru pula kali ini.
gam gam gam. tiup tiup tiup.
ah bahagian ni nak lekat dimana? oh sini sini
gam gam gam. tiup tiup tiup.
oh makanan semalam belum dibuang lagi dari usus
gam gam. tiup tiup.
paru paru nampak sihat, dah boleh kembali merokok
gam. tiup.
139 minit berlalu.
ah dah siap!
"kamu tertinggal sedikit hati kamu, terjatuh di bawah katil." kata suara itu.
dia menoleh ke bawah. ah ya.
kutip dan gam. tiup tiup.
ah lupa nak bersihkan dari debu. nevermind
baiklah. SIAP!
dada dan abdomennya disambung kembali menggunakan pita pelekat.
"TERIMA KASIH!" katanya, gembira.
tiada jawapan.
dia menyimpan gam, pita pelekat, dan gunting ke dalam laci.
baring. matanya kembali menatap komputer.
ehehehehehe.