Sean & She: Pelik
Hari pertama musim bunga.
She baring berlantaikan tanah, kepalanya dialas dengan 'hoodie' hitam kegemarannya. Cahaya matahari bersama dengan angin lembut terasa selesa apabila ianya menyentuh badan She. She mula bermimpi siang, imaginasinya pelbagai, jauh, sehingga dia hampir menjadi seperti 'Alice' dalam 'Wonderland'nya apabila terasa seperti ada satu lembaga menghalang keenakkan cahaya matahari sampai ke badan She. She membuka mata, duduk.
"Oh it's you. Hi Sean. How are you today?" She memberi senyuman ikhlas.
"Hi. I'm fine today. How about you?" Sean membalas sambil menyandarkan basikalnya di pokok berdekatan. Dia membuka helmetnya dan tanpa dijemput, dia duduk disebelah She.
"Like always, tired. What were you doing today?" She kembali baring berlantaikan tanah Peace Park.
Sean ikut sama baring disebelah She, menikmati cahaya matahari hari pertama musim bunga tersebut.
"Well, I just got back from Lakota Cafe, I had some water there. I was cycling for the whole day today." Sean berkalih badan, baring di sisinya supaya dia dapat menghadap She. She menaikkan kening, janggal.
"Don't you get hot inside those layers of hoodies? Take them off! What? You're wearing another tie-dye shirt today? How many of those do you have?" She membebel. Terasa amat jengkel melihat cara Sean berpakaian.
"Nope. And I do have many of these." Sean menjawab ringkas. She mengeluh, kuat.
"Did you miss me today?" She menduga.
"I do." Sean memandang ke She, kemudian menutup matanya.
"Ah, I missed you too." She juga menutup mata.
"Really?" Suara Sean berubah tona, seperti gembira, tapi cuba dikawalnya. Sean cuba memeluk She, tetapi seperti refleks, She menumbuk perutnya.
"OWWW!! Gosh She! That's hurt you know?" Sean menggosok-gosok perutnya.
"Great for you. You do remember I hate you?" Kali ini She pula yang berkalih badan, menghadap Sean. Mahu melihat reaksi dari Sean.
"I know you don't. Its okay if we have this kind of love-hate relationship. I can deal with it." Sean berkata dengan suara yang senada.
She tergelak kuat. Tiba-tiba Sean memegang erat tangan She dan berkata;
"Let's play thumb war."
"What? That's random. Okay then. So, if I lose, you should accept the fact that I still hate you." She senyum mengejek.
"And if I win..."
"... I still hate you, Sean."
"Hey that's not fair!"
"Whatever, so let's play!"
"One, two, three, four, I declare a thumb-a-war; Five, six, seven, eight, Try to keep your thumb straight. Nine, ten, let's begin!"
Kalau dilihat dari mata kasar, permainan tersebut kelihatan seperti berat sebelah, dengan tapak tangan Sean dua kali ganda lebih besar dari She. Tidak termasuk dengan keanehan melihat dua orang dewasa bermain 'thumb war' sambil berbaring. Tapi She menganggap permainan ini sebagai satu perjudian yang serius, begitu juga dengan Sean. Tidak tahu kenapa dan mengapa.
"I'm stronger than I look, you know!" She memberi amaran.
"I know, that's why I love you."
"Haha bullshit!" She terasa jengkel.
Akhirnya, dengan sadisnya, Sean menang.
"Because I am tired today that is why I'm letting you win." She kembali terbaring terlentang. Bagaimana permainan mudah sebegitu boleh membuatnya terasa sungguh penat, She pun tidak pasti.
Sean mengangkat kepala. "I care for you and I want you to love me." Sean mendekati She.
She ketawa jengkel. "Get away from me." She berkata kemudiannya, separuh berbisik.
"You want me to go away from you, forever?" Sean terduduk.
"Yes." She menoleh ke arah Sean, memandang mata husky disebalik rambut scraggly tersebut, kemudian menutup matanya, masih penat dengan permainan tadi.
"....Okay then." Sean berdiri.
"Do you really want me to go away from you?" Sean bertanya lagi. She mengangguk.
Sean kemudiannya berjalan ke arah basikalnya, ragu-ragu. "Forever?" Sean bertanya lagi.
"Yes, forever. And don't forget your helmet!" She tersenyum menang, sambil menuding jari telunjuknya ke helmet Sean yang terletak didepan She.
Sean berjalan perlahan dan ragu-ragu, tetapi dia masih mengambil helmetnya. Setelah memakai helmet tersebut, dia menyorong basikalnya keluar dari Peace Park tersebut. Dia menoleh kebelakang sebentar untuk melihat She. She sudah kembali berbaring, menikmati keenakkan cahaya matahari.
'She is something else. She is weird.'
Malam itu, Sean menerima satu pesanan teks di telefon bimbitnya:
"What a 'gentleman', leaving his lady alone.
-She"