Serojaku
Laju rentak jalanku
Menongkah tanah selembut baldu
Dan didongak dagu menatap sayu
Awan tenang tetap membiru
Dan angin juga bagai tahu
Cuba berpuput membelai sayu
Aku datang, serojaku
Ingin kuteriakkan khabarku
Supaya sampai tahu
Bahawa aku rindu
Aku datang, serojaku
Menatap dan ingin kudakapmu
Seperti selalu
Seperti janji-janjiku
Membawa impianmu
Seperti kelopak putih suci yang segar selalu
Yang indah dan tersenyum --
Engkau serojaku,
Akan selalu mekar di hatiku
Walau indahnya
Tersimpan utuh sama Tuhanmu.