Citra Ain

Sakit Rindu.

Moga kau merasakan

Di titis titis jernih gerimis

Di laju belai tiupan angin

Pandangkan sedalam mungkin

Lemparkan sejauh mungkin

Rindu aku, takkan terbanding


Nampak hiasan diwajah ini?

Betapa anehnya senyuman

Berapa hambarnya dakapan

Kalau ditoreh,

Betapa keringnya perasaan


Dek kerana merindu kamu

Jiwa aku mati seluruh rasanya

Kasih cintaku dibawa lari

Yang tinggal cuma namanya

sekepal daging dipanggil hati.