Berhenti.
Apa kamu cakap tadi??!
Tolonglah berhenti. Dia penat. Dia tak ada masa untuk benda seremeh ini
Banyak mana kamu mengaku, merayu "I love you", "I like you", "You are beautiful", dan banyak lagi sampah-sampah yang dia tahu akan keluar dari mulut kamu, dia tak akan mengalah.
Jawapan dia tetap sama:
"TIDAK.", "TAK MAHU".
Dia tidak faham kenapa dia sungguh sopan. Mahu sahaja dia mengungkapkan ayat "STOP BOTHERING ME, GET THE FUCK OUT FROM MY LIFE!" atau "YOU ARE ANNOYING, PLEASE GO AND FUCK YOURSELF!"
Tetapi dia hanya mampu membalas "I like you, but I'll never love you." Atau "I would like us to stay as friends." apabila dia berada di hadapan kamu. Baik hati, kan?
Kamu marah. Kamu bingung. Kamu berkata kamu tidak tahu apa yang dia mahu, kamu tidak mahu bermain di dalam permainan ini. Kamu tidak mahu dipermainkan!
Permainan apa?! Dia menjerit di dalam hati.
Kamu ingat dia bermain dengan kamu?!
Sejak bila dia bermain?!
Jauh kemana kamu berfikir? Ke Andromeda?
Padan muka kerana jatuh hati pada dia.
Padan muka kerana menyakitkan hati sendiri sebab berfikir lebih-lebihan.
Pada dia, kamu seorang 'wuss' kerana berfikir secara rumit, 'overthinking' semua benda sedangkan dia suka benda yang ringkas tapi padat dan bermakna. Tidak perlu berbunga-bunga di dalam kata-kata. Tidak perlu analogi, metafora kosong. Sampah.
Dia ada hidup sendiri, dia ada masalahnya sendiri, dia ada matlamat di dalam hidup yang dia mahu capai.
Membalas 'love' dari kamu adalah perkara terakhir untuk dia. Tak, bukan terakhir, tapi tidak MUNGKIN.
Kamu siapa hendak mempersoalkan semua itu?
Dia ada hak untuk menolak semua sampah-sampah dari kamu.
Kamu tidak bekerja, hidup sebagai seorang 'hippie', hisap 'weed' setiap hari, hidup tanpa risau. Wah baguslah.
Tapi berhenti menganggu hidup dia.
Secara mudahnya, dia tak ada masa untuk kamu. Dia ada hidup yang lebih bahagia tanpa kamu. Dia terbiasa keseorangan.
Kesimpulannya, tolonglah berhenti.
Berhenti menganggu dia, dia merayu.
Kerana dia penat mengutip sampah-sampah yang keluar dari mulut kamu.
Dia mahu menyumbat sampah-sampah busuk tersebut kedalam mulut kamu kembali sehingga tembolok kamu penuh, pecah, dan dia berharap senyap-senyap yang kamu akan mati kerana sampah-sampah kamu sendiri, dan asap dari 'weed' yang kamu sayang itu.
Padan muka. Fikir dia.
Yang lawaknya, kamu seorang lelaki, dan dia seorang perempuan.
Dunia dah terbalik. Mungkin.